Labels

Monday 8 April 2013

Status Graduan IKMSP



Hasil daripada kajian yang telah dilakukan sebelum ini, 67% daripada graduan lepasan IKMSP telah mendapat pekerjaan, 23% daripadanya pula melanjutkan pelajaran dan selebihnya masih lagi mencari pekerjaan.

TAHAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN IKM SG PETANI



Status Graduan

Peratus(%)
Bekerja

67
Melanjutkan Pelajaran

23
Masih Mencari Pekerjaan

10
Jumlah

100

Secara kasarnya, banyak yang perlu diteliti semula kerana kajian ini masih lagi memerlukan penambahbaikan dari segi ketepatan soalan dan sebab-sebab yang munasabah untuk mendapatkan kejituan alasan terhadap kebolehpasaran graduan IKMSP.

Komitmen dari pelbagai pihak amatlah perlu kerana kajian ini memakan masa untuk mendapatkan data bagi dianalisis memandangkan setiap program mempunyai bilangan pelajar yang ramai untuk diuruskan. 

Semoga IKMSP dapat mengharungi arus dunia yang penuh cabaran di era ini bagi menghasilkan lebih banyak lagi graduan yang berkualiti.

Sunday 7 April 2013

Overview Kajian Pengesanan Graduan KPG13


Kajian Pengesanan pada tahun ini memberi tumpuan kepada pelajar IKMSP yang tamat pengajian pada tahun 2012, iaitu pada kedua-dua sesi, sesi Januari - Jun 2012 dan sesi Julai - Disember 2012. Keseluruhan jumlah pelajar yang telah tamat pada tahun 2012 adala 432 pelajar.

Terdapat 10 program yang ditawarkan di IKMSP dan satu program kerjasama Petronas. Program-program tersebut adalah:

  1. Sijil Elektrik Kuasa
  2. Sijil Elektrik Domestik
  3. Sijil Elektronik Industri
  4. Sijil Senibina
  5. Sijil Lukisan Struktur
  6. Sijil Bangunan
  7. Sijil Rekabentuk Grafik
  8. Sijil Teknologi Perabot
  9. Sijil Teknologi Upholsti
  10. Sijil Tekologi Paip
  11. Kimpalan (usahasama MARA-Petronas)
Untuk maklumat lanjut mengenai Institut Kemahiran MARA Sg Petani, sila rujuk laman web institut kemahiran mara sungai petani.